Pertandingan Ghazal 2011

Tuesday, July 5, 2011




Tahun ini, pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Orang Ramai, Parit Raja, Batu Pahat, Johor... Saya telah menyertai kumpulan Sri Kelantan, dalam kategori Harapan... Walaupun kami hanya berjaya merangkul tempat ke-4, tetapi, Alhamdulillah, Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari yang saya ajar telah merangkul Juara kategori sekolah rendah!!! Walaupun terdapat desas desus para pengadil tidak menggemari cara kami mengajar, tetapi kami telah tunjukkan kepada mereka bahawa cara kami telah meninggalkan jauh sekolah sekolah lain!!! (Atas komen yang saya dengar ketika kumpulan ini membuat persembahan)... Kami berasa terkilan bila meraka tidak menerima cara kami kerana bagi kami, cara kami tidak langsung mencemari Muzik Ghazal... Tetapi tidak mengapa, dengan kritikan ini, kami lebih bersemangat untuk menyebarkan seni Muzik Ghazal ini, dan tunjukkan kepada mereka, siapa yang bakal mampu menaikkan Seni Muzik ini... Terima Kasih!!

Persembahan Awal....

Monday, February 22, 2010





Ini adalah persembahan terawal saya dalam pembabitan dalam Ghazal ni. Masa ni, saudara Alif tiada kerana ada kelas. Bila di kenang kembali, sedih jadinya. Rindu dengan diorang. Dah lama tak buat persembahan sama sama. Ajis, Nas, Amin, Alif, Angah, Cik Acid, Ika, Akmal, walaupun contact lagi, tapi dah tak buat persembahan sama sama, berlatih pun tak.... Sekarang ni buat persembahan dengan Kumpulan Kelantan, dengan mama (Rosmah) dan Abah (En. Ramli), lain dengan cara kita.... Hurm.... Bilakah kita dapat buat persembahan bersama sama lagi?

Wednesday, February 3, 2010








Ini video masa persembahan di Gelanggang Seni, Kelantan. Bila di ingatkan kembali, masa mula mula belajar main ghazal, memang satu pengalaman yang pelik... Mula mula saya belajar atas dasar tak puas hati dengan seseorang. Dia perli saya. Dengan itu, saya bertekad untuk belajar Ghazal ni. Tak lama, saya berjumpa dengan seorang guru. Nama dia Abdul Rashid Sani atau Cik Acid... Saya disarankan oleh dia dan ibu bapa saya untuk belajar bermain Tabla. Saya pun belajar la dengan rela. Seronok juga kerana cara Cik Acid mengajar memang best! Faham dengan cepat. Setiap malam saya pergi ke rumah beliau untuk belajar. Jauh? Saya tak kisah. Janji saya puas hati. Pengalaman yang seronok, bila ibu bapa saya bagi duit untuk beli satu set Tabla di Kuala Lumpur. Nama kedai tu SOHAN SINGH. Saya pergi dengan abang saya, Alif (Abang?) Dengan semangat yang membara, saya pergi la round2 kat India... Hahahaha... Ye la, India kerana macam2 ada, pergi la sana, anda akan faham kenapa... warghkakakakaka.... Dah sampai di kedai tersebut, semua spesifikasi tabla yang cik acid sarankan ada pada 1 set tabla ni.. Rezeki saya. Tanpa buang masa, saya pun beli la! Memikul la saya, naik turun tren, bas... penat... hehehe... Gelak bila fikirkan kembali... lepas 3 bulan saya belajar, cik acid call, "Faiz, bulan puasa ni ada wat ape2?" say jawab tak... "Cik nak bawak faiz main kat shah alam, sebulan ni" wah, lama tu? fikir2 balik, ok la, saya terima... maka bermulalah perjalanan selama sebulan bersama kumpulan mak peah and cikgu saleh.. macam2 saya belajar.. ketawa, menangis... macam2 kenangan... hurm... macam macam la... panjang kalau nak tulis... tapi sebenarnya, masa saya belajar dulu, saya tak sangka yang saya akan sampai ke Pantai Timur melalui seni ini... Saya hanya belajar... Dulu, cik acid pernah tanya, "cik nak tanya ikhlas ni, faiz minat tak ghazal ni?" saya jawab dengan ragu2 jawab," ya" tapi sekarang, " YA SAYA MINAT DAN MENGAGUMINYA"

4 Dara (Sri Kelantan)

Saturday, January 30, 2010



Bekas Peserta Bintang Kecil...

Al-Fatihah kepada Almarhum DYMM Sultan Iskandar

Monday, January 25, 2010

Al-Fatihah dari pihak saya kepada Almarhum DYMM Sultan Iskandar... Saya amat meratapi pemergian baginda. Ya Allah, Kau tempatkanlah baginda di kalangan kaum muslimin dan rahmatilah roh baginda, serta permudahkanlah urusan baginda di Alam Sana... Amin...

Daulat DYMM Sultan Ibrahim... Daulat Tuanku! Hidup Negeri Johor!

PERTANDINGAN GHAZAL JOHOR 2009

Tuesday, December 22, 2009

Secara rasminya, pada 20 disember 2009, Pertandingan Ghazal Johor telah berakhir. Tahniah kepada yang menang terutamanya juara setiap kategori. Pada yang tidak berjaya, demi memartabatkan seni muzik melayu Johor, kita tidak sepatutnya berputus asa, malahan kita haruslah meningkatkan usaha supaya seni ini tidak pupus ditelan zaman yang semakin menolak seni tradisional atas alasan kemodenan.

Kini, seni muzik Ghazal ini telah sampai ke Timur tanah air kita, malahan berjaya merangkul Anugerah Khas Pertama kategori Terbuka Luar Johor. Kita sebagai warga negeri Johor sepatutnya berbangga kerana negeri yang terkenal dengan seni Dikir Barat ini membuka tangan mereka untuk menerima seni Muzik Ghazal Johor, malah mereka begitu bersungguh sungguh untuk belajar dan ingin mengetahui muzik Ghazal ini. Melihat fenomena ini, saya terfikir kembali, mengapa orang kita tidak ramai yang mempunyai semangat seperti ini?

Pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Yayasan Warisan Johor dan RTM kerana berbesar hati menganjurkan pertandingan ini dan berlangsung dengan jayanya. Tetapi, banyak kelemahan yang berlaku ketika pertandingan ini berlangsung. Masalah yang paling saya tidak berpuas hati ialah aturcara majlis yang berkucar kacir dan tidak mengikut seperti yang dirancang. Sebagai badan profesional yang menganjurkan pertandingan yang bertaraf profesional, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Perkara lain pula ialah kepada kategori Terbuka Luar Johor yang seperti di ANAK TIRI kan. Kami seperti dipinggirkan untuk pertandingan ini. Pemenang tidak dinobatkan sebagai JUARA, tetapi hanya ANUGERAH KHAS, hanya diberikan Plug, sijil, dan wang tunai yang tidak selumayan kategori lain. Kemana perginya PIALA untuk kategori ini? Mereka menerima seni muzik tradisional kita, tetapi penghormati tidak setimpal. Kami juga bertanding pada peringkat akhir, tetapi, apabila kami hadir untuk sesi rehersal, pada ketika itu juga, mereka memaklumkan tiada sesi rehersal unutk kategori ini dan mereka mengakui ia telah diberitahu. Hakikatnya, pihak pengurusan tidak melakukannya. Alasan mereka untuk tiada rehersal ialah TIADA RUANG DAN MASA kerena ketika itu mereka sibuk dengan persiapan dan latihan untuk Acara Finale malam itu. Adakah kami bukan sebahagian dari Finale? Pertandingan ini untuk kami, bukan untuk mereka mereka yang membuat persembahan malam itu. Kami sepatutnya diberikan keutamaan. Ini PERTANDINGAN GHAZAL JOHOR 2009, bukan PERSEMBAHAN GHAZAL JOHOR 2009. Kalau persembahan, sampai sahaja, terus buat persembahan tanpa rehersal pun kami boleh buat kerana tidak markah diberikan, tetapi, ini pertandingan dan setiap kesilapan dikira. Banyak lagi masalah yang berlaku sejak dari hari pertama lagi. Masalah kecil seperti kupon sarapan pagi tidak diberikan pun berlaku, kami diberitahu makan sarapan pagi di hotel, tengah hari dan malam di RTM, guna kad peserta yang diberikan. Apabila kami mahu bersarapan, kami diberitahu untuk menunjukkan kupon sarapan pagi. Apabila kami hubungi pihak pengurusan, mereka memberitahu bahawa kupon telah habis diberikan kepada orang lain. Siapa ORANG itu?
Semua masalah di atas tidak seharusnya berlaku. Mujurlah pihak pengurusan mahu berbincang dan masalah dapat diatasi.

Di sini, saya ingin memberikan PENGHARGAAN TERTINGGI kepada Encik Alif Bin Khalid kerana beliau berjaya melatih, membawa serta menguruskan 8 kumpulan untuk bersama sama bertanding dalam pertandingan ini. Salah satunya adalah Kumpulan Ghazal Sri Kelantan dari Kelantan. Tidak ramai di antara kita yang mampu melakukannya, tetapi beliau berjaya melakukannya bersungguh sungguh, tanpa merungut walaupun beliau kahabisan ratusan malah ribuan ringgit serta terpaksa membahagikan masa untuk pelajarannya dan akirnya kesihatan beliau sedikit terjejas sewaktu pertandingan, tetapi beliau tetap meneruskannya. TAHNIAH dan JUTAAN TERIMA KASIH kepada beliau!

Saya berharap, pihak penganjur menganjurkan pertandingan ini setahun sekali atau 2 tahun sekali kerana 3 tahun sekali ialah tempoh waktu yang tidak relevan kerana jika ini berlaku, seni ini akan ditelan masa dan akan dilupakan.

Maka dengan itu, saya memberikan 3 dari 5 bintang untuk pertandingan ini. Sekian, terima kasih.

Sri Kelantan

Friday, December 18, 2009



Lagu: Pasir Pelangi

Kumpulan: Sri Kelantan

Lagu Wajib