Tuesday, December 22, 2009
Secara rasminya, pada 20 disember 2009, Pertandingan Ghazal Johor telah berakhir. Tahniah kepada yang menang terutamanya juara setiap kategori. Pada yang tidak berjaya, demi memartabatkan seni muzik melayu Johor, kita tidak sepatutnya berputus asa, malahan kita haruslah meningkatkan usaha supaya seni ini tidak pupus ditelan zaman yang semakin menolak seni tradisional atas alasan kemodenan.
Kini, seni muzik Ghazal ini telah sampai ke Timur tanah air kita, malahan berjaya merangkul Anugerah Khas Pertama kategori Terbuka Luar Johor. Kita sebagai warga negeri Johor sepatutnya berbangga kerana negeri yang terkenal dengan seni Dikir Barat ini membuka tangan mereka untuk menerima seni Muzik Ghazal Johor, malah mereka begitu bersungguh sungguh untuk belajar dan ingin mengetahui muzik Ghazal ini. Melihat fenomena ini, saya terfikir kembali, mengapa orang kita tidak ramai yang mempunyai semangat seperti ini?
Pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Yayasan Warisan Johor dan RTM kerana berbesar hati menganjurkan pertandingan ini dan berlangsung dengan jayanya. Tetapi, banyak kelemahan yang berlaku ketika pertandingan ini berlangsung. Masalah yang paling saya tidak berpuas hati ialah aturcara majlis yang berkucar kacir dan tidak mengikut seperti yang dirancang. Sebagai badan profesional yang menganjurkan pertandingan yang bertaraf profesional, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Perkara lain pula ialah kepada kategori Terbuka Luar Johor yang seperti di ANAK TIRI kan. Kami seperti dipinggirkan untuk pertandingan ini. Pemenang tidak dinobatkan sebagai JUARA, tetapi hanya ANUGERAH KHAS, hanya diberikan Plug, sijil, dan wang tunai yang tidak selumayan kategori lain. Kemana perginya PIALA untuk kategori ini? Mereka menerima seni muzik tradisional kita, tetapi penghormati tidak setimpal. Kami juga bertanding pada peringkat akhir, tetapi, apabila kami hadir untuk sesi rehersal, pada ketika itu juga, mereka memaklumkan tiada sesi rehersal unutk kategori ini dan mereka mengakui ia telah diberitahu. Hakikatnya, pihak pengurusan tidak melakukannya. Alasan mereka untuk tiada rehersal ialah TIADA RUANG DAN MASA kerena ketika itu mereka sibuk dengan persiapan dan latihan untuk Acara Finale malam itu. Adakah kami bukan sebahagian dari Finale? Pertandingan ini untuk kami, bukan untuk mereka mereka yang membuat persembahan malam itu. Kami sepatutnya diberikan keutamaan. Ini PERTANDINGAN GHAZAL JOHOR 2009, bukan PERSEMBAHAN GHAZAL JOHOR 2009. Kalau persembahan, sampai sahaja, terus buat persembahan tanpa rehersal pun kami boleh buat kerana tidak markah diberikan, tetapi, ini pertandingan dan setiap kesilapan dikira. Banyak lagi masalah yang berlaku sejak dari hari pertama lagi. Masalah kecil seperti kupon sarapan pagi tidak diberikan pun berlaku, kami diberitahu makan sarapan pagi di hotel, tengah hari dan malam di RTM, guna kad peserta yang diberikan. Apabila kami mahu bersarapan, kami diberitahu untuk menunjukkan kupon sarapan pagi. Apabila kami hubungi pihak pengurusan, mereka memberitahu bahawa kupon telah habis diberikan kepada orang lain. Siapa ORANG itu?
Semua masalah di atas tidak seharusnya berlaku. Mujurlah pihak pengurusan mahu berbincang dan masalah dapat diatasi.
Di sini, saya ingin memberikan PENGHARGAAN TERTINGGI kepada Encik Alif Bin Khalid kerana beliau berjaya melatih, membawa serta menguruskan 8 kumpulan untuk bersama sama bertanding dalam pertandingan ini. Salah satunya adalah Kumpulan Ghazal Sri Kelantan dari Kelantan. Tidak ramai di antara kita yang mampu melakukannya, tetapi beliau berjaya melakukannya bersungguh sungguh, tanpa merungut walaupun beliau kahabisan ratusan malah ribuan ringgit serta terpaksa membahagikan masa untuk pelajarannya dan akirnya kesihatan beliau sedikit terjejas sewaktu pertandingan, tetapi beliau tetap meneruskannya. TAHNIAH dan JUTAAN TERIMA KASIH kepada beliau!
Saya berharap, pihak penganjur menganjurkan pertandingan ini setahun sekali atau 2 tahun sekali kerana 3 tahun sekali ialah tempoh waktu yang tidak relevan kerana jika ini berlaku, seni ini akan ditelan masa dan akan dilupakan.
Maka dengan itu, saya memberikan 3 dari 5 bintang untuk pertandingan ini. Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment